Keunikan alam semulajadi

Mutiara sangat unik berbanding batu permata beharga yang lain. Ini kerana ianya membesar di dalam organisma hidup. Lazimnya pembiakan mutiara adalah penghasilan mutiara asli yang dibentuk di dalam tiram hidup melalui tindakan manusia. Bila nukleus.. diimplankan di dalam isi tiram, tiram tersebut akan mengenalpasti sebagai bahan tindakbalas dan mula menghasilkan lapisan lembut dipanggil nacre. Melalui masa, mutiara tersebut membesar dengan dilitupi oleh bahan kimia berwarna-warni yang cantik iaitu nacre. Kesemua mutiara yang dijual pada hari ini sesungguhnya adalah mutiara yang dibiakkan

Mutiara semulajadi bagaimanapun adalah mutiara yang dihasilkan oleh mutiara liar yang berada di lautan tanpa tindakan dan gangguan manusia. Bila bahan-bahan rangsangan seperti serpihan cengkerang, sisik ikan atau parasit termasuk di dalam tiram, ia akan disaluti dengan lapisan nacre di dalam tiram. Bagaimapun biji pasir tidak membentuk mutiara. Mutiara semulajadi sangat sukar dan jarang ditemui, terutama sejak ia mula dikesan semakin pupus pada kurun ke 18. Pada masa ini, hanya mutiara yang dibiakkan sahaja yang terdapat di pasaran. Mutiara semulajadi kini hanya boleh ditemui sama ada di muzium atau dalam koleksi barangan antik.

Mutiara Semulajadi Sukar Ditemui

Kini  mutiara semulajadi sangat sukar ditemui. Hanya lebihkurang satu daripada 10,000 akan berkembang menjadi mutiara, dan ianya jarang memenuhi saiz, bentuk, atau warna bagi mutiara bernilai yang diinginkan. kebanyakan mutiara asli ini semakin pupus dengan aktiviti penuaian berlebihan pada kurun ke 18 dan 19. Bagaimanapun awal tahun 1900, orang jepun telah menemui cara menghasilkan mutiara dengan membiakkannya, iaitu dengan cara memasukkan nukleus ke dalam tiram dan meletakkannya semula ke laut.

Rahsia Di Sebalik Mutiara

Permukaan berkilat atau nacre, mutiara semula jadi mahupun yang dibiakkan adalah dihasilkan dari bahan yang yang sama. Kompisisi kimianya terdiri daripada 90% kalsium karbonat; selebihnya adalah air dan bahan organik. Permukaan mutiara atau nacre terdiri dari kristal yang halus. Kristal ini menjajar sempurna sehinggakan cahaya yang merentasi paksinya terpantul dan terbias di antara sesamanya membentuk kesan cahaya seolah-olah warna pelangi. Kesan warna pelangi ini biasanya berkait dengan mutiara dihasilkan dengan penyusunan lapisannya yang sempurna.

Mutiara Semulajadi VS Mutiara Biakan

Kunci perbezaan mutiara semulajadi dan mutiara biakan bergantung pada ketebalan lapisan nacre, dan berkilatnya permukaan luarannya. Bagi mempercepatkan proses pembiakan/pertumbuhan tersebut, nukleus yang diimplankan tersebut biasanya besar berbanding bahagian kecil di tengah mutiara semulajadi. Saiz dan bentuk mutiara biakan dikenalpasti berdasarkan saiz, bentuk, dan posisi nukleus diimplankan. Saiz, bentuk, dan warna mutiara semulajadi pula dikenalpasti berdasarkan jenis bahan rangsangan, keadaan air, dan bekalan makanan.

Penghasilan Mutiara melalui teknik terkini

Beberapa dekad kebelakangan ini, penternak mutiara China telah memperbaiki teknik terbaik dalam dalam membiakkan mutiara air tawar. Mereka juga mengembangkan cara membentuk mutiara dengan reposisi semula semasa proses pertumbuhan untuk menghasilkan mutiara yang bulat. Mutiara Akoya, yang dihasilkan oleh pengusaha Jepun dengan mengimplankan manik yang bulat di dalam tiram, menghasilkan mutiara yang sangat bulat berbanding mutiara air tawar.

1 Komen »

  1. siti hayati bt ab rahman said

    baru balik dari kk malam tadi adalah juga beli mutiara sabah best giler rambang mata mana nak pilih cantik KAGUM!!!!! sanagat dengan mutiara dan tiram pegi pasar malam dan pasar filipin rasa nak gi lagi

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: