Arkib bagi sabah

Sabah miliki pelbagai tarikan

“APA yang tidak ada di Sabah?” Itulah soalan wajib kepada mereka yang baru pulang daripada melawat negeri yang terkenal dengan jolokan ‘negeri di bawah bayu’ itu.

Ini bagi mendapatkan gambaran keistimewaan negeri di Kepulauan Borneo itu sehingga lebih sejuta pelancong melawat Sabah setiap tahun, sedangkan hanya sedekad lalu Sabah seolah-olah tidak wujud di dalam peta pelancongan Malaysia. Bagaimanapun, sektor pelancongan kini berkembang pesat dan memberi pulangan sehingga lebih RM1 bilion setahun kepada industri pelancongan Sabah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Malah, beberapa rancangan televisyen popular yang disaksikan jutaan orang di seluruh dunia seperti ‘Survivor 1’ dan ‘Eco-Challenge’ turut difilemkan di Sabah. Baca baki entri ini »

Komentar (3)