Sabah miliki pelbagai tarikan

“APA yang tidak ada di Sabah?” Itulah soalan wajib kepada mereka yang baru pulang daripada melawat negeri yang terkenal dengan jolokan ‘negeri di bawah bayu’ itu.

Ini bagi mendapatkan gambaran keistimewaan negeri di Kepulauan Borneo itu sehingga lebih sejuta pelancong melawat Sabah setiap tahun, sedangkan hanya sedekad lalu Sabah seolah-olah tidak wujud di dalam peta pelancongan Malaysia. Bagaimanapun, sektor pelancongan kini berkembang pesat dan memberi pulangan sehingga lebih RM1 bilion setahun kepada industri pelancongan Sabah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Malah, beberapa rancangan televisyen popular yang disaksikan jutaan orang di seluruh dunia seperti ‘Survivor 1’ dan ‘Eco-Challenge’ turut difilemkan di Sabah.

Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (LPS), Datuk Dr Tengku Zainal Adlin, berkata negeri itu bertuah kerana boleh dianggap sempurna daripada aspek destinasi pelancongan kerana mempunyai pantai, gunung, hutan, hidupan dan alam semula jadi.

“Kita menawarkan segala-galanya kepada pelancong dan mereka senang hati kerana mampu memilih pakej mengikut cita rasa masing-masing,” katanya.

Antara tarikan utama kepada pelancong ialah pulau yang dianggap antara terbaik untuk aktiviti ‘scuba diving’ perti Pulau Layang-Layang, Sipadan dan Taman Laut Tunku Abdul Rahman yang mempunyai Pulau Manukan serta Mamutik.

Pulau Manukan dan Mamutik juga terkenal untuk aktiviti ‘snorkeling’ di pesisiran pantai hanya 15 minit perjalanan bot dari bandar raya Kota Kinabalu.

Peminat akviti memancing pula boleh ‘mencuba nasib’ di sekitar Semporna, Labuan dan Pulau Mengalum yang terkenal dengan aktiviti memancing di laut dalam dihuni pelbagai spesies ikan yang menjadi idaman kaki pancing.

Bagi yang meminati aktiviti pendakian, Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Malaysia, menjadi pilihan tepat dan tindakan Kerajaan Sabah mengehadkan aktiviti pendakian hanya kepada 250,000 orang setahun memberi peluang kepada pengekalan alam semula jadi di sekitar gunung berkenaan.

Tidak ketinggalan kepada mereka yang meminati aktiviti ‘river cruise’ atau menyusuri sungai kerana Sabah ada beberapa sungai berpanorama sungguh indah seperti Sungai Kinabatangan, Padas dan Segama.

Pencinta hidupan liar pula pasti tidak mahu ketinggalan mengunjungi Sandakan bagi melihat keistimewaan orang utan di Hutan Simpan Sepilok.

Dengan hutan hujan berusia lebih 130 tahun, pelancong ke Sabah juga berpeluang melihat bunga terbesar di dunia, ‘Rafflesia’ di Pusat Rafflesia berhampiran Labuan.

Lebih menarik, pelancong ke Sabah juga berpeluang melihat kira-kira separuh daripada 200 jenis orkid di seluruh dunia, menjadikan Sabah sebagai pusat orkid terbesar di Malaysia dan kebanyakan spesies orkid itu boleh dilihat di sekitar Gunung Kinabalu.

Bagi yang berminat membeli-belah, Kota Kinabalu menawarkan banyak kompleks moden selain pasar tradisional, dan antara yang terkenal ialah Pasar Filipina yang menawarkan pelbagai mutiara air masin dan tawar bermutu tinggi.

Namun pelancong perlu pandai tawar-menawar bagi mendapatkan harga terbaik kerana peniaga biasanya membuka pada harga tinggi, kadang-kala antara 50 hingga 80 peratus lebih tinggi daripada harga asal.

Sabah juga mempunyai kira-kira 30 suku etnik seperti Bajau, Rungus dan Kadazan Dusun yang mempunyai cara hidup unik dengan rumah panjang mereka.

Pasar malam

Orang ramai juga boleh melawat pasar malam suku Bajau di Kota Belud setiap Ahad yang menawarkan pelbagai barangan berkaitan suku itu seperti kraf tangan dan makanan tradisi.

Tengku Dr Zainal berkata, pelancong ke Sabah tidak perlu bimbang kerana kerjasama antara ejen pelancongan, hotel, syarikat penerbangan dan LPS membolehkan mereka memilih pakej pelancongan mengikut kemahuan mereka.

“Sepanjang 2004, 1.2 juta pelancong ke Sabah dengan perolehan RM1.4 bilion. Tahun ini kita mensasarkan jumlah pelancong meningkat kepada 1.7 juta orang dengan perolehan RM2.2 bilion,” katanya.

Tidak hairan kepesatan industri pelancongan Sabah menyebabkan Lapangan Terbang Antrabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) kini yang kedua tersibuk di negara ini selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Secara purata setiap 10 minit, sebuah kapal terbang akan mendarat atau berlepas daripada lapangan terbang itu dengan syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia saja mengadakan 16 penerbangan pergi dan balik setiap hari dari KLIA.

Lapangan terbang memainkan fungsi penting bagi pengembangan industri pelancongan, sekali gus ekonomi Sabah, berikutan 95 peratus daripada kehadiran orang luar ke negeri itu adalah melalui udara.

Selain penerbangan terus dari KLIA, Narita dan Osaka di Jepun, Shenzhong, Guanzhou dan Xiamen (China), Seoul (Korea Selatan), Sydney (Australia), Sibu dan Menado (Filipina), Bangkok (Thailand) serta Singapura turut mempunyai penerbangan terus ke LTAKK.

sumber: Harian Metro

10 Komen »

  1. Arison Balingi said

    bmm ramai2 bah datang p sabah

  2. Arison Balingi said

    jangan lupa datang nanti boleh aramai tie@happy 2009

  3. zety said

    nak cari kenalan dari sabah,,,

  4. kalau di sabah di setiap kampung pendalaman ni mempunyai gereja. jadi kalau melawat kat pedalaman jgn lupa bawa bekalan makanan sendiri bagi yang muslim.

  5. food said

    constantly i used to read smaller posts which also
    clear their motive, and that is also happening with
    this post which I am reading now.

  6. mien said

    :)

  7. Bagusnye entri ni!!!;)
    Terutame sekali kepade pelajar sekolah menengah seperti saye.
    Terime kasih bah kalau kau!!!Hihihi…^_^..:)

  8. i like la..bagus untuk para pelajar menengah..terima kasih bah!!!^.^

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: